Tuesday 31 December 2013

A Fresh New year ツ



Assalamualaikum! Tak jawab dose, kalau jawab sayang~
Hellow there *lambai tangan*



Ahlan wasahlan 2013, Assalamualaikum 2014 :)



Well, tahun 2013 sudah sampai penghujungnya, dan tahun baru iaitu tahun 2014 sudah bermula. Yesterday is history, tomorrow is a mystery and today is a gift  Hari ini adalah 31 Disember. Hari ini merupakan hari yang terakhir bagi tahun 2013. Tahun ni dah banyak mengajar aku erti ujian kehidupan. Banyak juga yang aku sudah lalui sepanjang tahun ni. Suka duka aku kongsi bersama kawan-kawan yang always have my back no matter what happens. Susah, senang, gembira, sedih, semua sudah lalui dengan penuh kesabaran. 
Namun, 2013 cuma angka, kita hanya mampu mengira berapa masa yang telah digunakan bukan masa yang tinggal.



Harapan untuk tahun ni ialah getting a fresh start. Lupakan apa yang dah lepas. Start a new year with high hopes that is not impossible for you to achieve.  


*2014 please be nice to me*


Memandangkan aku dah habis sekolah, aku duduk rumah je jadi neng. Itu tak kesah, hari hari duduk terperap dalam rumah penat gak. Bosan jangan cakaplah. Boleh naik gila lama lama. 



Bagi tahun 2014 ni, macam macam aku nak. Terutama sekali barang. Kalau nak kerja, dah ada tapi sabtu ahad je, tak berapa masyuk ah. So, nak cari kerja yang agak masyuk, yang peluh aku berbaloi kerja. Baru puas hati beli barang guna duit sendiri. Sampai bila mau mintak duit kat parents je. 

Actually, ada sebab kenapa aku beria ria nak kerja ni. Bukan nya nak shopping pun. Nak simpan, beli SATU je barang yang aku  dah lama amat amat idamkan. iPhone6 . Ever heard of it? Of course you did. It's the next best thing, the dream of all, the chase of everyone. Siapa yang taknak piece of beauty ni? Aku nak simpan duit, nak beli si Jelita nih. Tapi, tak semudah tu. Mahal tu semestinya. AND si Jelita nih takkan launch till tahun depan, tengah tahun. Lama nak tunggu woy ! Huh Tapi takpe, sekarang ni pakai phone cikai je dulu. Cukup memadai dah tu ye dok? Jangan tewas, kuatkan iman, tingkatkan kesabaran. Haihh 



*iPhone 6 please get cheaper and be mine*






Most of all, aku sangat teramat sungguh rindukan suasana sekolah. Aktiviti sekolah. Kem. Sukan tahunan. Olahraga. Kengkawan aku, classmate, junior sekolah. Sebak hati bila dikenangkan. Banyak kengkawan aku kat Pahang. Aku sekolah kat pahang sience form 1. Lots have changed since then. Aku kat Shah Alam ni haa. Susah mau jumpa or reunion dengan depa. JAUH doo. Lagi sedih boh. Sangat rindukan buat macam macam benda dengan diorang. Always doing dumb, crazy, beyond out of mind things. Mereka teman, sahabat, jantung hati, intan permata, segala-galanya aku.
Dunia aku kat sekolah je sebab aku budak asrama. Rindu nak buli, gurau senda dengan bebudak asrama, junior, roommate semua. Tidur setinggan *well tu aku tak selalu buat, aku tak selesa tidur setinggan*


Korang, jangan lupakan aku. Ingat budak yang comel la la la lagi Nom nom nomey nih. Takde lain dah. korang je kawan aku ada.


*Gambar kelas 5 Sport Science*



*Baru balik kelas tambahan*


*Logo kelas kami kau hadoo* 
Credit to: Muhammad Adli Rosli . Pencipta logo Super SS nih. *nah belon untuk Adli  






And ex, THANKS  A LOT sebab pernah hadir dalam hidup aku. Terima aku dalam hidup kau. Buat aku happy. Swept me off my feet. Make me feel like I'm the only girl in the world, one of a kind. Sorry aku tak tunaikan janji aku, sakitkan kau. Takde niat. Kita sama je pernah sakit. So, kita even, okay?  Better to let go then to get hurt.  


*Used to be US*





Well then, that is all from this very memorable year. A lot I have learnt. A lot I have discovered. A lot I have went through. 


Have a splendid life guys  



In the nutshell, aceceh, rindu sekolah nih. Let the bygone be bygones. Thanks for everything though. So much that I have gone through. Hence, hope for a better journey onwards. Aamin    




Much Love  Nur Syahirah Aziz 


Wednesday 18 December 2013

10 Pesen Budak Twitter

Assalamualaikum ! Tak jawab dose, kalau jawab sayang ~
Hellow ~

Kepada budak budak Twitter, dan aku. Ini kali punya entri berkaitan dengan isu semasa tentang gejala sosial remaja masa kini. Aceceh, BM nko taknak kalah aje. Well, kids nowadays lagi active dekat twitter berbanding laman sosial yang lain. Ini sebab twitter ni tempat yang paling mereka suka atau senang untuk meluahkan perasaan dalam apa segi cara. Orang tak kesah nak luahkan perasaan asalkan tak sakit mata memandang. Taknak berkata banyak, moh le kite saksikan.


Selamat membaca !


1) Pesen ONDEPONG

Sibuk nak cerita. Hari hari. Tiap malam.


2) Pesen dok cerita A sampai Z

Kite sokong je cerite dia.


3) Pesen ber GUA GUA


Ini gua
Gengster angatt angattt amboii.


4) Pesen tak reti nak tukar setting kat unfollowersme.com


Mohon pegi tengok setting bengong.


5) Pesen suka RT foodporn



Selalu spesis camni mulakan kerja dia time pepagi buta. Time orang tengah lapar gila papi. Time tu gak orang lain bengang pasal dok keluar je kat timeline wahaha. 


6) Pesen menyemakkan timeline dengan ask.fm


Sumpah takde sape kesah.


7) Pesen budak sekolah bajet tau semua benda pasal pempuan.


Selalu yang tweet cemni budak budak lelaki yang masih bersekolah.
Lingkungan umur : 14-16


8) Pesen deep deep.


Hm, tu aku. kadang kadang je k. Kboi.


9) Pesen gila kpop.


Aku pun suka korea jugak tapi takdelah macam nko. Ini bangang abadi.


10) Pesen tweet sesama sendiri tapi tak mention.


Semorang selalu buat termasuk aku kboi. Kuikui




Siapa yang makan cili, dia terasa pedasnya.



Entri simple tapi deep. Lah sangat. 
Well , okayy. Dah lah tu. till next time. Dadau.




Sekian measheh.
Wassalam



Monday 16 December 2013

Rambut Oh Rambut ~

Assalamualaikum ! Tak jawab dose , kalau jawab sayang ~
Hellow ~

Firstly , sorry sebab blog ni tak kemas . Belum siap kemaskini lagi lah . Susah bagi beginner macam aku nih . Sumpah dah lama tak hupdate blog nih . Dah berhabuk , bersawang , ber ber semua ber lah ada ! Takde masa nak menghupdate blog lah. This year had been really tough . SPM lah katekoo . Duduk asrama lagi , balik rumah pun jarang sangat . Sedih betul . Enough merepek !

Ni haa , aku nak bagitau . Sebelum masuk form 1 dulu , rambut aku agak panjang . So , ibu aku suruh aku potong . Mule-mule , aku taknak , tapi , takkan nak ingkar arahan ibu kan ? Nak jadi anak derhake ke ? Aku pun ikutlah ibu aku pegi kedai gunting rambut . Aku ingatkan nak potong siket je , so , aku biarkan jelah . Tibe-tibe , *SHINGGG !* "Asal rambut aku yang ade atas lantai tu panjang ?!" Rambut aku dah kene potong ! Pendek ! Boy-cut ! Tidakkkk !

Lepas dah habis potong rambut , balik rumah . Tak puas hati ! Naseb tak nanges je ! Ibu cakap boleh panjang baleklah . Aku pun rede siket but still tak puas hati . 

Sejak haritu , aku bertekad . Aku nak simpan rambut aku . Nak simpan rambut panjang macam rambut idaman aku ! Aku takkan potong rambut dah !

Well , lepas kena potong rambut haritu , rambut dah panjang balik tapi potong lagi . Haihh , bertekad je lebih . Oh well , sekarang tengah kumpul rambut balik . Dah panjang sikit lah berbanding dulu . Bila dah habis sekolah nih senanglah sikit nak simpan rambut . Tapi kan , kenapa rambut ni lambat sangat nak panjang ?! Awien(cousin aku) cakap "rambut kau panjang tu memang lah lambat sikit panjang, tunggu lah, nanti bila dah panjang lagi , kau tak sedar pun rambut kau dah panjang macam aku" . Rambut dia gilak panjang wehh ! macam pontianak pun ada bila dia lepaskan rambut . Tapi cantik jugak lah rambut dia sebab rambut dia lurus .   


Rambut yang diidamkan ~




Ehem , ehem . AWESOME kan rambut die ?! NAK sangatt rambut macam die ! Lagi satu , ni rambut Miley sebelum dia potong rambut yang jadi macam pendek gilak tu sekarang nih . Semua tu punca Liam Hemsworth . Poor Miley T^T Pape pon , aku akan still support dia no matter what . 

Well , okayyy , dah lah tu . Till next time . Tataa .



 
Sekian , mekasih .
Wasalam .